Sunday, August 16, 2015

tahfiz

Sesapa nk buat amal jariah...

No Akaun Maybank Madrasah Ulumulquran Wal Ahadith

 : 562469308464

Alamat Madrasah Ulumulquran Wal Ahadith : No.1667 Lrg.Hj.Nakman Kadis,Jln.Hj.Musran,Kg.Rantau Panjang,42100 Klang,Selangor.


No.Utk Dihubungi : 
AL-USTAZ

Amran@Imran 0126212582, Roslan 0162446567, Kamarulzaman 0192537615, Yazid 0192022763, Omar 0163753117





SUMBANGAN DANA DAN ZAKAT ANDA KEPADA SIAPA?
Tahfiz Khalifah telah menyediakan ruang untuk menerima sumbangan dana dan zakat.
bintang tahfiz khalifah
1: Menampung yuran pelajar-pelajar tempatan & luar negara yang tidak berkemampuan.Sumbangan ini adalah sumbangan bulanan atau sekaligus untuk 1 semester (6 bulan).
Kategori pelajar yang tidak berkemampuan ialah sepenuhnya atau separuh. Ada pelajar yang diterima kemasukkannya tanpa yuran sepenuhnya berdasarkan kepada rekod pengajiannya yang cemerlang dan ada pelajar yang diterima separuh bayaran yuran mengikut kemampuan ibu-bapa dan penjaga kerana mereka di kalangan orang yang tidak berkemampuan.
bintang tahfiz khalifah2: Peralatan dan kemudahan institusi dan pengajian pelajar.
Sumbangan ini tertakluk kepada keperluan semasa Tahfiz  dari segi peralatan dan kemudahan pengajian pelajar seperti meja dan kerusi, kipas dan lampu, komputer, sistem suara, peralatan kelas, keperluan alat tulis, kelengkapan asrama dan sebagainya.

3: Makan dan minum pelajar.

Sumbangan ini meliputi makan pagi, tengahari dan malam pelajar. Yuran makan yang dikenakan kepada pelajar hanyalah RM1.00 sekali makan. Ini bermakna seharian makan pagi, tengahari dan malam hanyalah RM3.00 atau sepanjang bulan ialah RM90.00. Sudah tentu RM1.00 adalah amat rendah untuk meliputi sekali makan yang rata-ratanya RM3.00-5.00 adalah umum untuk belanja sekali makan. Sumbangan yang diberi adalah untuk menampung kekurangan yang ada seperti sumbangan beras, lauk mentah seperti ikan, ayam, daging, sayur, minyak masak, rempah, upah tukang masak.

4: Aktiviti-aktiviti dalaman dan luaran pelajar.

Aktiviti-aktiviti dalaman dan luaran pelajar adalah mustahak bagi pelajar kerana ia memberi kesegaran dan perkembangan minda dan jasmani yang sihat. Aktiviti dalaman meliputi aktiviti sukan seperti bolasepak, bola keranjang, pingpong, taekwando, dart dan seumpamanya. Aktiviti luaran pula seperti berkhemah, berenang, bowling, memanah, air terjun, pertunjukan dan seumpamanya. Sumbangan ini meliputi pembelian alatan aktiviti, tiket, kos perjalanan dan seumpamanya.

5: Lain-lain kebajikan pelajar dan guru.

Sumbangan ini meliputi pelbagai perkara yang berbangkit seperti kos hospital dan klinik, pelayaran fisabilillah dan seumpamanya yang bersangkut-paut dengan kebajikan pelajar dan guru Tahfiz